He is Tourist from Japan
~Sekadar gambar hiasan~
Assalamualaikum semua. Di hari pertama saya berada di alam blogger ni, mahu saya berkongsi sebuah cerita menarik mengenai seorang pelancong dari Japan.
Cerita ini bermula ketika saya sedang lepak di warung Kak Long, merangkap kakak kandung saya yang pada saat itu sedang mengandungkan anak beliau yang ke-empat.
Jadi, datang seorang pelancong meminta segelas air kosong. Pada mula saya tidak mempedulikan sampai kakak saya bertanya dari mana asal pelancong tersebut. Bila pelancong itu sebut dari Jepun saje, saya terus bangun dan pergi ke arah meja tempat pelancong tu duduk.
Biar saya gambarkan orangnya dulu..bertopi bulat, berbaju tshirt didalam dan sweater di luar, berseluar pendek dan berkasut crocs. Menaiki basikal yang dipenuhi dengan beg dan barang-barang yang lain.
Si pelancong ni rupanya baru lima hari berada di Malaysia. Tapi, yang menariknya dia sudah pandai berbahasa Malaysia. Kagum kami melihat kesungguhan dia untuk belajar bahasa asing. Bukan saje bahasa Malaysia, malah bahasa Tamil, Mandarin, Korea dan Arabic juga dia pernah belajar.
Baiklah, biar saya cerita macamana mamat ni boleh sampai ke Malaysia.
Asalnya dari Jepun, kemudian dia berhijrah ke China untuk mencari kerja. Disana dia bekerja sebagai 'guider for mountaineer'. Oleh kerana VISA dia tamat, dia ke Vietnam pula. Tapi, nasib malang menimpa dia telah dirompak dan dipukul oleh penyamun. Jadi, kawan dia telah hadiahkan basikal untuk dia. Kemudian dia telah berhijrah ke Laos > Thailand > Malaysia.
Apa yang 'happy' ye bila dengar, dia puji orang Malaysia yang baik hati sebab sedia berkongsi masa dan ilmu untuk dia mempelajari bahasa Malaysia dan dia rasa senang dan aman berada di Malaysia. Lama juga kami berbual-bual sebab tengok dia sangat berminat nak belajar sampai dikeluarkan notebook, kamus Bahasa > English sebab ada juga perkataan yang dia masih tak tahu.
Borak punya borak, dah dekat tengahari mata pula rasa mengantuk. Warung Kak Long pun dah nak tutup. Saya terpaksa mengundur diri untuk masuk ke rumah (warung kakak depan rumah kami je pun). Tapi sebelum tu, dia ada tinggalkan alamat rumah, email siap dengan no telephone lagi....hihi
Opppssss...lupa nak bagitau nama dia > Kameda Shogan dari Kyoto City, Japan. Umur dia 30 tahun. Mungkin ada yang pernah berjumpa dan kenal dengan dia sebab dia sedang melancong lagi di Malaysia.
Apa yang saya harap semoga dia dapat balik ke Jepun dengan selamat sebab dari apa dia cerita, ibu dan bapa masih berada di sana. Sedih hidup sebagai perantauan ni, berjauhan dengan family.. T.T
Okay. Tamat sudah cerita mengenai seorang pelancong dari Jepun. See u again!
